BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, February 6, 2011

valentime day~

valentime day,love day,couple day, hari kekasih,hari memperingati kekasih..semua yang berkaitan degan kekasih lah pendek kata..huhuhu..sekarang saya cik ayu..wartawan cewah~ menulis sebagai renungan kawan2 kita diluar sana..


sejarah valentime day ini bermula dari sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.


Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
dan haram lah jika kita sebagai orang islam menyambut atau menghargai semua ini..seolah2 kita menjatuhkan agama Islam itu sendiri.
Rasulullah SAW pernah bersabda : BARANGSIAPA MENIRU SESUATU (PERLAKUAN) UMAT, MAKA MEREKA TERGOLONG DALAM KALANGAN MEREKA.
jadi..kesimpulannya..tak perlulah kita mengikut trend dan perlakuan mereka.
ok lah kawan2..untuk menunjukkan kasih sayang kita tidak perlulah kita menyambut hari kekasih ini..setiap hari pon boleh tunjukkan pada orang yang kita sayang dan tak lupa Pencipta kita..

cinta pada bunga kan layu akhir nya
cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya
cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya
cinta ilahi tulus suci dan abadi





0 comments: