BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, June 22, 2011

roomateku..cakk..

sudah lame x mencoretkan kata2 pada laman ini..sibuk sngat lor..kua2...sekjap je mase berlalu..ade hampir 6 bulan lg aku kat sini..so today, i'm going to tell u all about my roomate..hua2..jgn marah ye cik nurul..cik zati n cik ija...=)


sebelum tu ayu nak minta maaf sbb byk wat salah ngan korang..selalu ggu emosi korg,,selalu wat korang nyampah..n selalu wat korang jeles ngn ayu..hahhahahha..pedehal lo...layanz..

ni tok korg tau..


langkah ini makin hampir
misi yang kita cari semakin dekat
perjuangan yang jerih hampir ke kemuncak
namun hati ini masih berpegang pada kekuatan
kekuatan dari teman yang tidak pernah ucapkan kekecewaan

teman
andai diri ini pernah tersilap langkah
kiranya kau memaafkan aku
kerna diri ini bukan terlalu sempurna
aku punya engkau tok melengkapi hari-hari yang mendatang

teman
pegang tanganku seeratnya
pegang bahuku sekuatnya
bersama kita melangkah ke hadapan
demi perjuangan yang suci....

terima kasih =( 






Tuesday, February 8, 2011

limau manis limau masam

wah~ marah sungguh nampak aku ari ni..memang x puas hati..salah ker aku luahkan ape yang aku raser?
benci2..nyampah nak je bunuh orang yang suka menabur cerita ni..suka ati aku la..










susah la..tiba2 aku dapat semangat...hehehe ( sempena raya cina yang baru lepas ni) limau...manusia pom macam tu la jugak.. ade yang manis ada yang masam...kalau kena limau yang manis..mesti kita suka kan?yelah yang sedap,sape x nak..bile termakan limau yang masam...msti x suka ( len  la kalo org tu jnis suka masam)
ini hanyalah perumpamaan aku shaja..kawan2 tentu dpt memahami kan?urm...


aku jugak teringat pada kata2 semangat abah aku ..dia cakap dalam hidup kita ni jangan mudah mengalah pasa sesuatu..berusaha tuk dapatkan sesuatu ( thanks abah).. hehehhee..




hidup ni terlalu banyak cabaran,..ye lah kalo tak..takkan mencabar..wah...semangat..jangan mudah patah hati..
untuk kawan2ku yang aku sayang..ingatlah dan yakinlah pada diri kita sendiri..x mau cepat putus asa..k?


bekalan : SESUNGGUHNYA KEBAHAGIAAN ITU ADA DALAM DIRI ANDA~KERANA ITU, SUDAH SEHARUSNYA ANDA MENGERAHKAN JERIH PAYAH ANDA UNTUK PERBAIKI DIRI..





betul jugak kan?watpe kite nak serabutkan kepala otak dan memikirkan pekara yang sia2..oleh itu,jom kita muhasabah diri kita kepada Pencipta kita.lebih bermanfaat..
biarkan si luncai terjun dengan labu2 nya....
 salam ukhwah semua..setakat ini jer tuk ari ni...
semoga berjumpa lagi~

Sunday, February 6, 2011

valentime day~

valentime day,love day,couple day, hari kekasih,hari memperingati kekasih..semua yang berkaitan degan kekasih lah pendek kata..huhuhu..sekarang saya cik ayu..wartawan cewah~ menulis sebagai renungan kawan2 kita diluar sana..


sejarah valentime day ini bermula dari sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.


Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
dan haram lah jika kita sebagai orang islam menyambut atau menghargai semua ini..seolah2 kita menjatuhkan agama Islam itu sendiri.
Rasulullah SAW pernah bersabda : BARANGSIAPA MENIRU SESUATU (PERLAKUAN) UMAT, MAKA MEREKA TERGOLONG DALAM KALANGAN MEREKA.
jadi..kesimpulannya..tak perlulah kita mengikut trend dan perlakuan mereka.
ok lah kawan2..untuk menunjukkan kasih sayang kita tidak perlulah kita menyambut hari kekasih ini..setiap hari pon boleh tunjukkan pada orang yang kita sayang dan tak lupa Pencipta kita..

cinta pada bunga kan layu akhir nya
cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya
cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya
cinta ilahi tulus suci dan abadi





Thursday, February 3, 2011

KUCING PELIHARAANKU

kucing,seekor binatang yang comel dan manja..aku mula2 tak berapa suka dengan kucing ni..mengingatkan aku peristiwa 7 tahun yang lepas..tanganku dicakar oleh seekor kucing liar di halaman asramaku (sekolah menengah teknik pengkalan chepa).. sejak ari tu aku benci dan fobia dengan binatang yang bernama kucing ni..


tetapi...sejak setahun yang lepas..mama aku mula membela kucing...nama kucing tu 'OREN'..hehehe.manja..ari demi ari fobiaku pada kucing hilang..dan hujung tahun lepas aku dapat lagi seekor kucing yang kami namakan 'EBOX' hehehehe..










manjanyer bukan kepalang..jom aku kongsi serba sikit tentang kucing...


1..kucing ini bersifat noktural, iaitu aktif di waktu malam tapi tidur diwaktu siang.
2. kucing boleh membezakan warna ungu, biru,hijau dan juga kuning.
3. kucing ini karnivor - iaitu memakan daging
4. kucing mempunyai bulu di belakang kaki depan mereka
5. kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya
6. kucing persia adalah kucing yang tertua dan popular
7. ada juga kucing yang kidal
8. kucing mempunyai memori yang baik drpd anjing, monyet dan orang utan
9. kucing boleh melompat tujuh kali drpd tubuhnya
10. kucing tidak berpeluh


rasenyer da cukup tuk malam ni...salam satu dunia..salam keamanan..salam semua....

mari kita belajar masak kueh tiaw kung fu

makan2..jom belajar masak kue tiaw kungfu..ni di antara favourite aku..(sume feberet aku)
hik2..da..x mau da merapu x tentu hala..jom tengok bahan2nya


1) 3 ulas bawang putih
2) minyak masak
3) kue tiaw ( 1 bungkus)
4) ayam..udang..sotong
5) sayur (kubis,sawi,lobak merah)
6) 3 biji telur
7) lada merah tuk pedas
8)3 sudu tepung jagun





mula2 kita campur telur dan kue tiaw goreng ,gaulkan bersama..panaskan minyak..kemudian goreng kue tiaw yang da disalutkan tadi..


tuk kuahnya..panaskan sedikit minyak..tumis bawang putih tadi, masukkan ayam..goreng sehingga masak,masukkan air. agak2 nak mendidih masukkan sayuran tadi dan lada...pas tu masukkan tepung jagung supaya kuah tu menjadi sedikit pekat..da...garam n gula jgn lupe ye kawan2


sudah boleh dihidangkan...simple..selamat mencuba..






ni lah hasilnya...









Wednesday, February 2, 2011

bead style.wmv

~antibiotik~





mari kita belajar tentang ubat yang kita selalu pandang remeh..iaitu ANTIBIOTIK ..
ANTIBIOTIK adalah ubat yang melawan jangkitan bakteria.Ianya mestilah digunakan dengan betul,antibiotik boleh menyelamatkan nyawa.ANTIBIOTIK bertindak baik membunuh bakteria atau menjaga sistem pembiakan bakteria dalam badan kita. 


antibiotik ialah bahan kimia yang menghapuskan atau menghalang pertumbuhan mikroorganisma yang berjangkit. Ia dihasilkan oleh mikroorganisma seperti kulat. Dua contoh antibiotik ialah penisilin dan streptomisin.




tapi...antibiotik ini juga berbahaya pada tubuh manusia?


yer,,memang bahaya pada tubuh manusia sejak dijumpai oleh sainstis Perancis ALEXANDER FLEMING.. penisilin yang merupakan sejenis kulat untuk membunuh pelbagai bakteria. penisilin kemudiannya digunakan secara menyeluruh ketika perang dunia kedua sebagai rawatan utama.


sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia.antibiotik boleh dibahagikan kesannya untuk membunuh bakterial (bacterialcidal) atau merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic).


hurm...kita perlu berhati2 dengan pengunaan antibiotik kerana :


1) boleh menyebabkan alahan ~ sesak nafas atau kulit melecur
2) mempunyai kesan sampingan ~ loya,pening,muntah, cirit birit, kerosakan buah pinggang,usus dan hati, sawan.




so..beringat2 lah ketika mengambil antibiotik anda..kalau boleh tanya pada doktor anda terlebih dahulu~








belajar sesuatu yang baru adalah lebih baik daripada tidak mengetahui apa-apa...


hehehehehe~